Khamis, 29 Oktober 2009

Pengenalan Otak

Pengenalan
Otak adalah satu sistem komputer rumit yang dikawal oleh dua bahagian iaitu bahagian kanan dan kiri. Kedua-dua bahagian ini mempunyai kemahiran dan cara berfikir yang berbeza. Bahagian kanan otak memproses maklumat dengan cepat (rapid), melewati ruang dimensi fizikal (spatial) dan tanggapan yang tepat (perceptual). Otak kiri memproses dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks, berbentuk analisa.
Para saintis telah membuktikan satu kejadian dengan dua bahagian otak. Setiap bahagian mempunyai cara tersendiri dalam pemahaman dan penerimaan realiti. Kedua-duanya dapat bekerjasama, dengan setiap bahagian mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada satu-satu waktu, setiap bahagian berfungsi sendiri, dengan satu bahagian “buka” manakala bahagian yang satu lagi “tutup”. Individu boleh menukar semula dan keluar tetapi cenderung pada bahagian yang dipilih. Walaupun yang dipilih tak selalu berubah, adalah berkemungkinan bagi kita untuk perkembangkan kemahiran pada kedua-duanya.


Karektor Otak Kiri – Otak Kanan
Pertuturan vs bukan pertuturan- kebolehan pertuturan biasanya terletak didalam otak kiri. Proses otak kanan mungkin menghadapi kesukaran menamakan atau melabelkan objek biasa, tetapi akan notis karektor bukan pertuturan orang yang bercakap.

Analisa vs Bercampur-aduk – Otak kiri yang menganalisa biasanya menyebabkan kerja berjalan berperingkat-peringkat dalam satu masa, satu demi satu. Biasanya lambat dan membosankan. Manakala proses campur-aduk otak kanan cuba menemukan perhubungan dan membuat perkara lain sekaligus.


Simbol(tanda) vs Konkrit(wujud)– Proses otak kiri berfikir dalam bentuk (tanda/symbol) , angka dan huruf. Proses otak kanan perlu wujud dan belajar melalui perbuatan, sentuhan dan gerakan.
Tepat masa vs Tak tepat masa – Proses otak kanan kurang memikirkan waktu. Apabila mereka menyertai sesuatu projek, mereka tidak mengira berapa lama masa telah berlalu. Proses otak kiri biasanya lebih menepati waktu.
Duniawi vs Spiritual - Proses otak kanan lebih banyak menjuruskan kearah spiritual. Proses otak kiri lebih banyak menjurus kearah duniawi.
Rational vs Tidak Rational – Proses otak kiri lebih banyak berdasarkan realiti dan perlu melihat pada logik dan penyebab pada sesuatu keputusan. Proses otak kanan tidak mempedulikan alasannya dalam mencari cara terbaik dalam membuat sesuatu dan mimpikan tentang cara sesuatu perkara perlu dan boleh jadi.
Logik vs Intuitif (Pengetahuan) – Otak kanan lebih mengikut urutan dan logik, 1-2-3, satu perbuatan dalam satu masa dengan system keutamaan. Otak kanan bagaikan meletup dengan pencaturan yang pelbagai tanpa ada keutamaan.
Lurus vs Holistik – Lurus bermakna sebahagian-dari-keseluruhan. Sementara otak kiri mengambil bahagian yang sedikit, mengatur dalam aturan logik, dan kembali dengan kesimpulan, otak kanan perlu melihat gambaran sepenuhnya. Holistic, seluruh-bahagian, bermakna otak kanan bermula dengan konsep total dan kemudiannya baru memandang pada bahagian- bahagian yang sedikit.
Perkataan terakhir yang diperkatakan – Proses otak kanan lebih mudah mengingati perkataan terakhir yang diperkatakan.
Tunggal vs Serentak (Sekaligus) – Proses otak kanan biasanya berkehendak untuk melakukan dua atau lebih perkara dalam satu masa. Proses otak kiri biasanya suka melakukan satu perkara dalam satu masa. Habiskan satu projek sebelum memulakan yang lain.
Pengenalan
Otak adalah satu sistem komputer rumit yang dikawal oleh dua bahagian iaitu bahagian kanan dan kiri. Kedua-dua bahagian ini mempunyai kemahiran dan cara berfikir yang berbeza. Bahagian kanan otak memproses maklumat dengan cepat (rapid), melewati ruang dimensi fizikal (spatial) dan tanggapan yang tepat (perceptual). Otak kiri memproses dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks, berbentuk analisa.
Para saintis telah membuktikan satu kejadian dengan dua bahagian otak. Setiap bahagian mempunyai cara tersendiri dalam pemahaman dan penerimaan realiti. Kedua-duanya dapat bekerjasama, dengan setiap bahagian mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada satu-satu waktu, setiap bahagian berfungsi sendiri, dengan satu bahagian “buka” manakala bahagian yang satu lagi “tutup”. Individu boleh menukar semula dan keluar tetapi cenderung pada bahagian yang dipilih. Walaupun yang dipilih tak selalu berubah, adalah berkemungkinan bagi kita untuk perkembangkan kemahiran pada kedua-duanya.


Karektor Otak Kiri – Otak Kanan
Pertuturan vs bukan pertuturan- kebolehan pertuturan biasanya terletak didalam otak kiri. Proses otak kanan mungkin menghadapi kesukaran menamakan atau melabelkan objek biasa, tetapi akan notis karektor bukan pertuturan orang yang bercakap.

Analisa vs Bercampur-aduk – Otak kiri yang menganalisa biasanya menyebabkan kerja berjalan berperingkat-peringkat dalam satu masa, satu demi satu. Biasanya lambat dan membosankan. Manakala proses campur-aduk otak kanan cuba menemukan perhubungan dan membuat perkara lain sekaligus.


Simbol(tanda) vs Konkrit(wujud)– Proses otak kiri berfikir dalam bentuk (tanda/symbol) , angka dan huruf. Proses otak kanan perlu wujud dan belajar melalui perbuatan, sentuhan dan gerakan.
Tepat masa vs Tak tepat masa – Proses otak kanan kurang memikirkan waktu. Apabila mereka menyertai sesuatu projek, mereka tidak mengira berapa lama masa telah berlalu. Proses otak kiri biasanya lebih menepati waktu.
Duniawi vs Spiritual - Proses otak kanan lebih banyak menjuruskan kearah spiritual. Proses otak kiri lebih banyak menjurus kearah duniawi.
Rational vs Tidak Rational – Proses otak kiri lebih banyak berdasarkan realiti dan perlu melihat pada logik dan penyebab pada sesuatu keputusan. Proses otak kanan tidak mempedulikan alasannya dalam mencari cara terbaik dalam membuat sesuatu dan mimpikan tentang cara sesuatu perkara perlu dan boleh jadi.
Logik vs Intuitif (Pengetahuan) – Otak kanan lebih mengikut urutan dan logik, 1-2-3, satu perbuatan dalam satu masa dengan system keutamaan. Otak kanan bagaikan meletup dengan pencaturan yang pelbagai tanpa ada keutamaan.
Lurus vs Holistik – Lurus bermakna sebahagian-dari-keseluruhan. Sementara otak kiri mengambil bahagian yang sedikit, mengatur dalam aturan logik, dan kembali dengan kesimpulan, otak kanan perlu melihat gambaran sepenuhnya. Holistic, seluruh-bahagian, bermakna otak kanan bermula dengan konsep total dan kemudiannya baru memandang pada bahagian- bahagian yang sedikit.
Perkataan terakhir yang diperkatakan – Proses otak kanan lebih mudah mengingati perkataan terakhir yang diperkatakan.
Tunggal vs Serentak (Sekaligus) – Proses otak kanan biasanya berkehendak untuk melakukan dua atau lebih perkara dalam satu masa. Proses otak kiri biasanya suka melakukan satu perkara dalam satu masa. Habiskan satu projek sebelum memulakan yang lain.

Isnin, 26 Oktober 2009

Ahad, 25 Oktober 2009

Sabtu, 24 Oktober 2009

PETA MINDA (Satu Bentuk Gambaran Minda Untuk Mengekalkan Daya Ingatan)

Pengenalan

PETA MINDA ialah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat menggunakannya. Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan fakta-fakta penting yang mahu diingati dalam bentuk lakaran tersendiri untuk memudahkan anda memahami pelajaran. Anda sebenarnya menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, anda berupaya menukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.Sebenarnya minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingatan, anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% daripada segala yang kita lihat daripada apa yang kita dengar.

Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana peta minda tersebut dihasilkan berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.

"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan. Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).


Kegunaan Peta Minda

1. Mengambil nota
2. Simpanan nota ringkas
3. Memanggil / Mencerna maklumat semula
4. Mengembangkan isi
5. Menyelesaikan masalah

Bentuk Peta Minda

1. Pengkelasan
2. Rantai urutan
3. Kitaran
4. Kitaran (berpusat)
5. Tangga hiraki
6. Pohon fikiran
7. Pengkelasan (berpusat)

Panduan Membina Peta Minda
* Gunakan hanya kata kunci atau gambarajah.
* Mulakan dari bahagian tengah mukasurat dan keluar ke semua arah.
* Jelaskan bahagian tengah dengan imej visual yang mantap yang mewakili tema umum peta tersebut.
* Buatkan cabangan dan cabangan kecil idea utama.
* Letakkan kanta kunci pada cabangan untuk memperkuat struktur notanya.
* Elakan tulisan sambung supaya mudah dibaca dan diingati. Tulisan huruf kecil lebih mudah diingati dari huruf besar.
* Gunakan warna untuk mewakili thema, perkaitan dan menyerlahkannya.
*Apa saja yang nyata terserlah akan berada dalam minda anda.
* Gunakan anak panak, ikon atau alat visual lain untuk menunjukkan perkaitan antara ide.
* Jangan terhenti pada satu ide. Mulakan ide baru dengan membina
cabangan baru.
* Letakkan idea yang muncul tanpa berhenti untuk berfikir.
* Tekun dan sabar. Dapatkan keseronokan dan kepuasan.
Di bawah adalah sebuah peta minda yang menunjukkan kaedah untuk membina satu peta minda. Sila perhatikan setiap bahgian peta secara teliti supaya anda boleh membina peta anda sendiri mengikut kaedah yang betul.
Bahan
1. Pen / pensel berwarna
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas
lukisan adalah dianggap baik)

Persediaan
a. Kenal pasti konsep / idea utama
b. Bina dengan pantas
c. Bina dengan riang dan positif
d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan
e. Dalam keadaan selesa & tenang
f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.

Langkah-langkah dalam membina Peta Minda

1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau
gambar yang sesuai
3. Bentuk cabang-cabang besar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu
isi utama
4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang
5. Lakar cabang-cabang kecil yang kecil sedikit dari cabang utama. Tuliskan
maklumat tambahan
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran
7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari c
cabang tambahan. Tulisk maklumat tambahan

Strategi membuat Peta Minda

Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :
1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang
tambahan berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan
sejarah kita
4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi
atau cabang-cabang
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan

Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda.

Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana dapat memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik. Peta minda membantu pemahaman dan pelajar dapat mengingat satu-satu topik dengan lebih cepat. Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini. Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, peta konsep, pengurusan grafik adalah sesuai digunakan. Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail. .
Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati. Peta minda juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat dengan segera dan dapat diingat dengan cepat.

Kelebihan Peta Minda.

Lakaran melalui peta minda yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiat kreativiti seseorang pelajar atau individu. Peta minda memperkembang kemahiran motor atau manipulatif pelajar-pelajar. Peta minda memperkembang kemahiran menganalisis pelajar. Menggalakkan pembelajaran berbentuk koperatif. Memudahkan pembacaan dan pemahaman

KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA
PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.
Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.
Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.
Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.
Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.
Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-
Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.
Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.
Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.
Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:-
Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu.
Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut.
Melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pada saya melalui pengalaman yang telah saya alami ketika memberi kursus kepada pelajar-pelajar untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman.
Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.
Proses membuat peta minda dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya:-
Latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif.
Pencetusan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.
Perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar.
Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.
Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang.
Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.
Beberapa contoh peta minda yang terbaik dalam menyusun isi-isi penting dan berguna untuk menjawab soalan-soalan yang keluar dalam peperiksaan dalaman atau berpusat dan peringkat Kebangsaan. Selepas ini kita akan menunjukkan beberapa peta minda yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik.
Kebaikan peta minda
 Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan
 Tingkatkan daya ingatan
 Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan
 Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenalpasti kerana dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan warna menarik
 Penyelidikan- Semua idea atau maklumat yang telah dialami adalah dirakamkan dalam ingatan, peta minda sebagai kunci membuka pintu ingatan
 Boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan fikiran-semua anggota bersedia dan terlibat
 Sangat penting semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan- ia ringkas, memberi makna yang nyata dan tersirat

Fungsi otak...oleh Roger Sperry.1961

Mind Map

Cadangan warna yang boleh disamaertikan maksud atau tujuan dalam Peta Minda

Hijau
Seimbang, harmoni, ketenangan, penghubung antara emosi dan munasabah, kemunasabahan yang tinggi, membuat keputusan, kesinambungan, kehidupan, subur

Kuning
Inspirasi, ilham, kuasa pemikiran, idea cemerlang, cerdik, kegembiraan, suka, takut, tipu daya

Biru
Kreativiti, pengajaran, pembelajaran, tenang, dingin, meredakan, mesra, rindu, seksi

Ungu
Kewajaran, kebijaksanaan, pendapat, pandangan, mistik, semangat, romantik, sensitif, peka

Merah muda (merah jambu)
Kehangatan, kemesraan, lembut, kasih sayang, dalam keadaan yang baik, kewajaran, seksi

Keemasan
Kegemilangan, kecemerlangan, kreativiti tahap tinggi, kejayaan, kepuasan, berjaya, kaya

Merah
Marah, takut, kuasa, keteguhan, kekuatan, menguatkan, kepanasan, bahaya, berani, keuntungan

Hitam
Kejelasan, konservatif, seksi, takut, misteri, kegelapan, kesedihan, murung, elegan, teguh, kepastian

Putih
Bersih, suci, terus terang, jujur, dengan hati yang terbuka, kelegaan, ketenangan

Masalah yang tidak mungkin dapat diselesaikan……

Pertama sekali aku nak ucapkan syabas dan tahnian kepada semua manusia yang telah berjaya dalam hidup ini. Berjaya dalam hidup di dunia tidak bererti akan berjaya jua di akhirat nanti. Berjaya dapat markah tinggi dalam exam pada hari ini tidak mungkin pada masa-masa akan datang kita dapat perkara yang sama, ada kala jatuh ada kala naik. Tapi yang penting sekali usaha, usaha biar lebih, berjaya atau gagal itu adalah ketentuan Ilahi. Jadi aku harap kepada sesiapa yang ada masalah dalam hidup, minta-mintalah doa pada Tuhan semoga dapat selesaikan masalah itu dengan kadar segera supaya tidak la pening kepala nak pikir benda yang mengganggu dan seterusnya akan mendapat penyakit jiwa.
Apabila sebut pasal masalah, baru aku teringat bahwa pun ada masalah. Masalah yang sangat rumit dan hingga ini tak dapat nak diselesaikan nak tau ke? Ok la,masalahnya iaitu aku nak jadi super hero, nak terbang di langit, nak selamatkan orang yang dalam bahaya, nak dapat parempuan lawa dan macan-macan lagi lah. Sampai sekarang ni pun tak dapat-dapat aku nak jadi super hiro seperti mana yang aku inginkan. Kalau boleh aku nak jadi lebih kuat sikit dari Clack Kent dalam drama Smallville tak pun lebih hebat dari Bio Nik pun aku tak kisah. Tapi yang jadi masalah sekarang ni, seperti mana yang aku sebut tadi tak mungkin jadi kenyataan. Dan perkara ini menjadi masalah bagi aku,aku pun pening memikirkannya.
Kalau boleh aku nak sangat belajar terbang tapi, kat upsi tak ada pulak kelas orang belajar terbang, kat universiti lain takde jugak kut. Tak tau la pulak kat amarika ada ke tak, kat jepun ada kut, kalau tak macan mana Goku boleh terbang. Siap jadi hiro lagi dan tak pernah dia tewas dalam setiap pertarungan. Nak kene ke jepun ke????.masalah ni.
Takpe lah nanti aku cari jalan penyelesaian nanti. Tapi nak cari kat mana?. Kat Malaysia ade ke takde?. Satu lagi masalah ni.Nak belajar terbang kena ada sayap, tapi aku bukan burung, aku hanyalah manusia takda sayap. Nak lari laju macan Bio Nik dan Clack Kent, dia tu ilutrasi grafik Komputer je. Macan mane ye?.
Macan mana nak jadi super hero ni? Aku keliru ni. Siapa la dapat tolong aku kali ni? mak, abang, adik, kakak? Perkara yang tak mungkin akan berlaku ni. Kawan, tak mungkin jugak kut, Profesor? Aku bukan dari Fakulti Sains atau pelajar sains macan mana nak cari Profesor sehebat tu. Ada ke kat malaysia tercinta ni???. masalah. Kat Amarika pun belum tentu ada. Kalau ada pun aku nak bayar pakai ape?. Ptptn, mustahil. Aku dapat rasakan masalah ini lah yang paling rumit dalam hidup aku. Aku rasa sampai mati pun masalah ini tidak dapat diselesaikan. Tolong.............................aku.................